- APEL.A diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang memiliki pendidikan formal yang kurang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- APEL menggalakkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal.
- APEL memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut
Penilaian APEL Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4) dan Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6) |
|
Ujian Aptitud (APEL T-3) dan (APEL T-4) | Portfolio |
|
|
Ujian Aptitud (APEL T-6) | Portfolio |
|
|
Penilaian APEL Ijazah Sarjana (APEL T-7) |
|
Ujian Aptitud |
|
Portfolio |
Penghantaran portfolio sebanyak DUA (2) salinan yang telah dijilid kemas (contoh: comb binding). Setiap salinan dokumen yang disertakan perlu disahkan.
Muat Turun Borang Portfolio Bagi membantu pemohon menyediakan portfolio, disertakan beberapa contoh kandungan portfolio yang telah dikemukakan untuk penilaian APEL bagi Tahap 7. Disclaimer: Memandangkan kandungan portfolio adalah bersifat SULIT dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai bagi menentukan kesesuaian dan kesediaan calon untuk melanjutkan pengajian, kandungan terperinci bagi contoh portfolio ini tidak sesuai dipaparkan sepenuhnya. Sila klik contoh berikut: |
Temu Duga |
|
"Pembelajaran terdahulu bermaksud ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh sebelumnya dan mencakupi pengalaman terdahulu".
(Akta Agensi Kelayakan Malaysia, 2007 - Akta 679).
APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.
(Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia).
Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu program Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Sarjana Muda (T-6) dan Sarjana (APEL T-7).
(Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia).
1. Warganegara MALAYSIA
2. Syarat umur minimum
3. Kelayakan formal: Hanya penilaian untuk ke program Sarjana perlu ada kelulusan STPM/DIPLOMA/SETARA
(Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia).
1. Ujian Aptitude
Aspek diuji:
2. Portfolio
3. Temuduga (Calon sarjana (APEL T-7) sahaja)
(Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia).
Bagi membolehkan individu sambung belajar di IPT