Soalan Lazim APEL.Q
Bil. | Soalan | Jawapan | |||||||||||||||||||||
1. | Apa itu APEL.Q? | APEL bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik [APEL.Q] ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). | |||||||||||||||||||||
2. | Apakah perbezaan antara APEL.A dan APEL.C sedia ada dengan APEL.Q? | APEL sedia ada adalah untuk tujuan kemasukan ke PPT iaitu dikenali sebagai APEL (Access). APEL.C atau APEL (Credit) pula adalah untuk tujuan mendapatkan pindahan kredit. Melalui pelaksanaan APEL.A dan APEL.C, individu yang mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja boleh masuk ke program di PPT tetapi juga boleh menggunakan pengalamannya untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus tertentu dalam program pengajian. Justeru itu, pelajar dapat melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat. Bagi tujuan permohonan penilaian APEL.C., seseorang itu mesti berstatus pelajar (telah berdaftar dalam program pengajian di PPT). |
|||||||||||||||||||||
3. | Bilakah APEL.Q mula dilaksanakan? | APEL.Q mula dilaksanakan pada Julai 2021. | |||||||||||||||||||||
4. | Siapakah yang akan melaksanakan penilaian APEL.Q terhadap pelajar? | APEL.Q akan dilaksanakan sendiri oleh PPT terhadap pelajarnya dengan syarat PPT tersebut telah mendapat kelulusan untuk mengendalikan APEL.Q daripada MQA. Bagi menjamin kualiti penilaian, PPT perlu melaksanakan APEL.Q dengan bertunjangkan Garis Panduan Amalan Baik: APEL.Q terbitan MQA yang merangkumi dasar pengendalian APEL.Q dan panduan pembinaan instrumen penilaian. |
|||||||||||||||||||||
5. | Adakah ditetapkan had umur untuk memohon APEL.Q? | Tiada. APEL.Q tidak seperti APEL.A yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian Namun begitu, APEL.Q menetapkan had minimum tahun pengalaman bagi setiap tahap pengajian seperti berikut:
Catatan: Pelajar yang tidak memenuhi tahun pengalaman kerja minimum yang dinyatakan di atas tetapi dengan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, boleh dipertimbangkan berdasarkan case by case oleh badan akademik tertinggi HEP (misalnya Senat) |
|||||||||||||||||||||
6. | Adakah APEL.Q hanya terhad kepada warganegara? | Tidak. Permohonan APEL.Q terbuka kepada semua sama ada berstatus warganegara atau Antarabangsa. | |||||||||||||||||||||
7. | Bagaimanakah MQA akan memastikan semua pihak yang berkaitan melaksanakan APEL.Q dengan betul? | Pertamanya, bagi memastikan PPT mampu melaksanakan APEL.Q dengan baik, perkara berikut perlu dipenuhi sebelum PPT diberikan kelulusan untuk melaksanakan APEL.Q:
Skop penilaian MQA terhadap kemampuan pelaksanaan APEL.Q oleh PPT merangkumi dua aspek utama iaitu sistem pengurusan dan kemudahan di PPT serta keupayaan PPT dalam membina dan mengaplikasikan instrumen penilaian APEL.Q. Keduanya MQA akan memantau pelaksanaan APEL.Q di PPT semasa lawatan akreditasi dan audit institusi. |
|||||||||||||||||||||
8. | Bolehkah kolej, kampus cawangan atau anak syarikat di bawah sesuatu PPT induk mengguna pakai kelulusan penilaian APEL.Q yang telah diperoleh oleh PPT induk? | Tidak boleh. Setiap institusi perlu memohon APEL.Q secara berasingan kepada MQA kerana ia mempunyai Senat masing-masing dalam membuat keputusan berkaitan akademik. | |||||||||||||||||||||
9. | Adakah proses rayuan bermaksud semakan terhadap keputusan penilaian APEL.Q yang telah dikeluarkan kepada pelajar? | Ya. Proses rayuan selepas keputusan gagal penilaian APEL.Q dikeluarkan hanya melibatkan semakan semula keputusan tersebut dan bukan penghantaran semula bukti tambahan atau menduduki semula penilaian. | |||||||||||||||||||||
10. | Bolehkah PPT yang telah mendapat kelulusan melaksanakan APEL.Q meminda amaun fi pelajar bagi proses penilaian APEL.Q? | Boleh kerana penetapan fi APEL.Q kepada pelajar adalah di bawah bidang kuasa PPT. Oleh itu, penetapan dan pindaan terhadap fi tidak perlu merujuk kepada MQA. | |||||||||||||||||||||
11. | Apakah kebaikan APEL.Q? | Antara kebaikan APEL.Q ialah:
|
Penilaian dan Penganugerahan APEL.Q
Bil. | Soalan | Jawapan |
1. | Apakah instrumen penilaian untuk APEL.Q? | Pelajar APEL.Q akan dinilai menggunakan instrumen berikut secara berurutan:
|
2. | Apakah penilaian Portfolio? | Portfolio adalah dokumen formal yang mengandungi kompilasi bukti pengalaman pembelajaran pelajar yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu. Pembelajaran ini boleh berbentuk pembelajaran formal, tidak formal atau bukan formal. Portfolio akan dinilai berdasarkan pengetahuan / kecekapan program tertentu. |
3. | Apa yang dinilai dalam Lawatan Lapangan dan Pengesahan (FVV)? |
|
4. | Apakah ujian cabaran (CT)? |
|
5. | Apakah yang di maksudkan kursus Capstone dalam program? | Kursus Capstone menggabungkan hasil pembelajaran utama program dan menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai disiplin teras pengajian mereka. Secara amnya, kursus capstone biasanya ditawarkan pada semester/ tahun akhir pengajian. Penilaian lisan yang komprehensif akan dibina dalam penilaian kursus capstone. Penilaian lisan ini bertujuan untuk:
|
6. | Apa yang akan dinilai dalam pelbagai instrumen penilaian yang dinyatakan di atas? | Hasil pembelajaran program (PLO) khusus untuk program yang dipohon oleh pelajar APEL.Q. |
7. | Berapa kali pelajar dibenarkan mengulang penilaian yang gagal? | Pelajar akan diberi sebanyak tiga percubaan untuk menebus status gagal dalam mana-mana mod penilaian (iaitu Portfolio, FVV, CT atau kursus Capstone). |
8. | Apakah kriteria untuk penganugerahan APEL.Q? | Untuk penganugerahan kelayakan akademik melalui APEL.Q, pelajar mesti:
|