Soalan Lazim Berkenaan APEL.A
Bil. | Soalan | Jawapan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Apakah tujuan APEL.A? | APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit. APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Bagaimana hendak memohon APEL? | Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/ | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Apakah kriteria permohonan APEL.A? |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL.A? | Buat masa ini penilaian APEL.A di Malaysia bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Adakah sijil APEL.A setara dengan sijil program akademik di PPT? | Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan. Contohnya: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Apakah program pengajian yang menawarkan syarat kemasukan menggunakan APEL.A? | Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut. Bagi permohonan Sarjana (APEL T-7), sebanyak 30 bidang yang ditawarkan seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7). |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Apakah mod pengajian yang dibenarkan kepada calon yang lulus penilaian APEL.A? | Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa. Bagi sijil APEL.A peringkat Sarjana (APEL T-7), mod penawaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Adakah ujian penilaian APEL.A dikenakan bayaran? | Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9. | Apakah kaedah pembayaran penilaian APEL.A? | Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10. | Apakah proses yang perlu dilalui oleh calon APEL.A? | Calon boleh merujuk kepada Buku Panduan APEL untuk Pelajar (Bahagian V) di pautan Buku Panduan Penilaian APEL.A | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11. | Berapakah tempoh proses penilaian APEL.A sehingga calon yang berjaya menerima sijil? |
* Catatan: Walau bagaimanapun, sebarang tempoh penilaian APEL adalah bergantung kepada individu. Tempoh yang dinyatakan adalah bagi calon yang menduduki penilaian APEL tanpa ulangan. Sekiranya calon gagal dan perlu mengulang, tempoh penilaian akan lebih panjang. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12. | Apakah komponen penilaian yang perlu dilalui oleh seorang calon APEL.A? | APEL T-3, APEL T-4 dan APEL T-6: Ujian Aptitud dan Portfolio. Tahap 7: - Ujian Aptitud, Portfolio dan Temu duga. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
13. | Apakah Struktur Ujian Aptitud yang perlu diambil oleh calon APEL.A? | Struktur Ujian Tahap 3 dan 4: Nota: Pemohon mestilah menjawab 20 soalan dengan betul untuk lulus.
Struktur Ujian Tahap 6: Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.
Struktur Ujian Tahap 7: Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
14. | Apakah Pusat Penilaian APEL (PPA) dan tanggungjawab PPA? | PPA adalah PPT yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A bagi kemasukan ke program tahap 6 dan 7. Sehingga kini sebanyak enam PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
15. | Adakah calon yang menjalani penilaian APEL.A di PPA hanya boleh melanjutkan pengajian di PPA tersebut sahaja? | Calon yang telah memperoleh sijil APEL.A MQA boleh dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian di mana-mana PPT walaupun menjalani penilaian APEL.A di PPA yang dilantik oleh MQA. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
16. | Saya telah memohon APEL.A melalui laman web MQA dan memilih PPA untuk penilaian.A, apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan? | Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh system selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
17. | Bagaimana saya hendak mengetahui skop Ujian Aptitud dan menyediakan Portfolio? | Skop Ujian Aptitud dan format penyediaan portfolio bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda boleh didapati pada Buku Panduan APEL. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian APEL.A Contoh soalan boleh didapati pada pautan https://apel.oum.edu.my/resources.html |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
18. | Saya berminat untuk mengambil penilaian APEL.A dan melanjutkan pengajian di PPT pilihan saya. Bilakah masa yang sesuai saya harus memohon APEL.A? | Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
19. | Apakah Universiti Rakan (UR) dan tanggungjawab UR? | Universiti Rakan (UR) adalah pusat yang dilantik untuk mengendalikan Ujian Aptitud APEL T-3 dan APEL T-4 bagi pihak MQA Sehingga kini sebanyak dua PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
20. | Adakah sijil APEL mempunyai tempoh sah laku? | Buat masa ini, tiada tempoh sah laku bagi sijil APEL dan terpakai pada bila-bila masa. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
21. | Adakah calon APEL yang belum lulus penilaian APEL.A boleh mendaftar dan melanjutkan pengajian di PPT? | Calon hanya boleh mendaftar atau melanjutkan pengajian di PPT selepas lulus penilaian APEL.A daripada Pusat Penilaian APEL yang dilantik oleh MQA dan menerima keputusan rasmi daripada MQA. |