Skip to main content

APA ITU APEL.A?

  • APEL.A diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang memiliki pendidikan formal yang kurang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
  • APEL menggalakkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal.
  • APEL memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut

MUAT TURUN BUKU PANDUAN APEL

Penilaian APEL Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4) dan Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

Ujian Aptitud (APEL T-3) dan (APEL T-4) Portfolio
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan (20 soalan)
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat UPSR/PT3
Ujian Aptitud (APEL T-6) Portfolio
  • 40 soalan objektif (10 soalan setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada 40 soalan (20 soalan)
  • Tahap Kesukaran Ujian - Peringkat SPM dan setara

Penilaian APEL Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Ujian Aptitud
  • 75 soalan objektif dan 5 soalan struktur (sila rujuk “APEL Handbook for Learners: Admission to Master Level” untuk pecahan soalan bagi setiap komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pengetahuan Am)
  • Lulus minimum 50% daripada keseluruhan soalan
  • Tahap Kesukaran Ujian - Ijazah Sarjana Muda
Portfolio Penghantaran portfolio sebanyak DUA (2) salinan yang telah dijilid kemas (contoh: comb binding). Setiap salinan dokumen yang disertakan perlu disahkan.

Muat Turun Borang Portfolio

Bagi membantu pemohon menyediakan portfolio, disertakan beberapa contoh kandungan portfolio yang telah dikemukakan untuk penilaian APEL bagi Tahap 7.

Disclaimer:

Memandangkan kandungan portfolio adalah bersifat SULIT dan merupakan salah satu kriteria yang akan dinilai bagi menentukan kesesuaian dan kesediaan calon untuk melanjutkan pengajian, kandungan terperinci bagi contoh portfolio ini tidak sesuai dipaparkan sepenuhnya.

Sila klik contoh berikut:
Temu Duga
  • Sesi temu duga adalah untuk penilaian APEL (A) T-7 sahaja
  • Berlangsung dalam tempoh 30 minit (bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa sesi temu duga berlangsung)
  • Berkisar kepada pengalaman bekerja dan bidang pengajian yang akan diikuti di institusi pengajian tinggi

Semakan Kelayakan Akademik terdahulu:

  • https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
  • https://www2.mqa.gov.my/mqr
  • Pekeliling MQA


  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 5

    BIL NEGARA INSTITUSI BIDANG KELAYAKAN
    1 MALAYSIA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PELBAGAI BIDANG Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) (Tahap 4)
    2 MALAYSIA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PELBAGAI BIDANG Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) (Tahap 5)
    3 MALAYSIA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PELBAGAI BIDANG Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 1 hingga 3)

    Senarai Badan Profesional yang Menerima Kemasukan Pelajar Melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning)

    Sepertimana yang telah digariskan di dalam buku Guidelines to Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning perkara 4.1 Kriteria Kemasukan menyatakan bahawa 'Bagi program profesional, keperluan kemasukan mesti mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan profesional yang berkenaan'. MQA telah mendapatkan maklum balas daripada badan profesional mengenai perkara ini.

    RUJUKAN: MQA & Badan Profesional

    Berikut disenaraikan maklumat badan profesional yang membenarkan kemasukan pelajar ke program di bawah badan profesional melalui APEL.A.

    Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut diperlukan, sila berhubung terus dengan badan profesional berkaitan.
    Bil. Nama Badan Profesional Tahap APEL.A yang Boleh Memohon ke Program di Bawah Badan Profesional Syarat Tambahan No. Rujukan & Tarikh Surat Badan Profesional Pautan Laman Sesawang
    1. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) APEL.A Tahap 3 (Sijil)
    APEL.A Tahap 4 (Diploma)
    APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
    Mematuhi syarat minimum seperti yang digariskan di dalam TTAC Manual 2019.

    TTAC Manual 2019 boleh didapati di laman sesawang MBOT melalui pautan https://www.mbot.org.my/.
    MBOT.600-8/1/3 (3)
    15 November 2019
    https://www.mbot.org.my/
    2. Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) APEL.A Tahap 4 (Diploma)
    APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
    Calon yang memohon untuk kemasukan ke program Kejuruteraan melalui APEL.A mestilah menunjukkan pencapaian yang sesuai dalam kelayakan Matematik dan Sains Fizikal melalui bridging module yang sesuai. BEM/GOV (EAC) Jld. 5 (1)
    16 Mac 2020
    http://bem.org.my/
    3. Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LBPM) APEL.A Tahap 4 (Diploma)
    • Lulus penilaian APEL.A MQA (ujian aptitud & penilaian portfolio);
    • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan;
    • Pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
    • Lulus temu duga peringkat fakulti.
    LBPM/008
    4 September 2020
    https://www.lpbm.gov.my/
    APEL.A Tahap 6 (Ijazah Sarjana Muda)
    • Memenuhi Syarat Am Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) ATAU lulus penilaian APEL.A MQA;
    • Lulus Bahasa Inggeris dalam SPM atau yang setara;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa; dan
    • Tidak rabun warna.

    APEL (Accreditation of Prior Experiental Experiental Learning)

    "Pembelajaran terdahulu bermaksud ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh sebelumnya dan mencakupi pengalaman terdahulu".

    (Akta Agensi Kelayakan Malaysia, 2007 - Akta 679).

    Peluang

    APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

    (Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

    Tahap Kemasukan

    Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL.A telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu program Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Sarjana Muda (T-6) dan Sarjana (APEL T-7).

    (Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

    Siapa Layak Mohon APEL.A?

    1. Warganegara MALAYSIA

    2. Syarat umur minimum

    • Sijil - 19 tahun
    • Diploma - 20 tahun
    • Sarjana Muda - 21 tahun
    • Sarjana - 30 tahun

    3. Kelayakan formal: Hanya penilaian untuk ke program Sarjana (T7) perlu ada kelulusan STPM/DIPLOMA/SETARA

    (Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

    Kaedah Penilaian APEL.A

    1. Ujian Aptitude

    Aspek diuji: 

      • Bahasa Malaysia
      • Bahasa Inggeris
      • Matematik
      • Pengetahuan Am/Pemikiran kritis

    2. Portfolio

      • Kompilasi pengalaman
      • Format ditetapkan

    3. Temuduga (Calon sarjana (APEL T-7) sahaja)

      • 30-45 minit 
      • 2 orang panel temuduga

    (Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

    APEL.A kemasukan ke IPT mulai 2011

    Bagi membolehkan individu sambung belajar di IPT

    Muat turun Brosur