APEL.A (Access) memberikan laluan kemasukan alternatif bagi individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan akademik minimum ke program pengajian di UTHM.
Warganegara Malaysia yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan dan memenuhi syarat umur minimum mengikut tahap pengajian (Contoh: 19 tahun untuk Sijil/Diploma, 21 tahun untuk Ijazah Sarjana Muda).
APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.
APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi MQA: https://www2.mqa.gov.my/apel_a/
Sila rujuk syarat permohonan mengikut peringkat pengajian di pautan portal MQA:
- Peringkat Sijil (APEL T-3)
- Peringkat Diploma (APEL T-4)
- Peringkat Diploma Lanjutan (APEL T-5)
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6)
- Peringkat Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7)
- Peringkat Kedoktoran (APEL T-8)
Buat masa ini, penilaian APEL.A di Malaysia adalah bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk ENAM peringkat kemasukan iaitu:
- Kemasukan ke program peringkat Sijil (APEL T-3);
- Kemasukan ke program peringkat Diploma (APEL T-4);
- Kemasukan ke program peringkat Diploma Lanjutan (APEL T-5);
- Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah dan Sijil Siswazah (APEL T-6);
- Kemasukan ke program peringkat Ijazah Sarjana, Diploma Pascasiswazah dan Sijil Pascasiswazah (APEL T-7) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran; dan
- Kemasukan ke program peringkat Kedoktoran (APEL T-8) bagi mod Penyelidikan, Kerja Kursus dan Campuran.
Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan.
Contoh: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT.
Secara umumnya, Sijil APEL.A boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT dalam mana-mana bidang yang ingin dimohon.
Bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7) dan Kedoktoran (APEL T-8), bidang yang ditawarkan boleh dirujuk di portal rasmi MQA.
* Nota: Bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.
Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa.
Bagi sijil APEL.A peringkat Ijazah Sarjana (APEL T-7) dan Kedoktoran (APEL T-8), mod penawaran yang dibenarkan adalah:
- Mod Kerja Kursus
- Mod Campuran
- Mod Penyelidikan
Caj penilaian APEL.A dan kaedah pembayaran mengikut tahap (Sijil T-3 hingga Kedoktoran T-8) ditetapkan mengikut kadar rasmi MQA. Maklumat terperinci kadar bayaran boleh dirujuk semasa proses pendaftaran permohonan.
Calon boleh merujuk kepada Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditation Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Kemasukan (APEL.A) di pautan rasmi:
Tempoh proses penilaian APEL.A mengambil masa selama 2 hingga 4 bulan.
Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.
* Catatan: Sebarang tempoh penilaian bergantung kepada individu (bagi calon yang menduduki penilaian tanpa ulangan). Sekiranya perlu mengulang, tempoh akan mengambil masa lebih panjang.
Komponen penilaian merangkumi Ujian Aptitud, penyediaan Portfolio, penyediaan Research Intent (jika berkaitan), dan Sesi Temu Duga mengikut tahap kelayakan yang dimohon.
Maklumat penuh skop ujian boleh dirujuk di dokumen Garis Panduan GGP APEL.A.
PPA adalah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A.
PPA dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
- PPA Terbuka
- PPA Dalaman
Maklumat lanjut beserta senarai terkini PPA boleh dirujuk di: Portal PPA MQA
Sijil APEL.A yang dikeluarkan oleh MQA boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang menawarkan program berkaitan di Malaysia, tidak terhad kepada PPA tempat ujian dijalankan sahaja.
Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh sistem selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut.
Tempoh sah laku Sijil APEL.A adalah selama 5 TAHUN daripada tarikh makluman keputusan rasmi kepada calon oleh MQA.
Tidak boleh. Calon hanya boleh mendaftar atau melanjutkan pengajian di PPT selepas lulus penilaian APEL.A daripada Pusat Penilaian APEL yang dilantik oleh MQA dan menerima keputusan rasmi daripada MQA.
Berdasarkan Garis Panduan Micro-Credentials terbitan MQA tahun 2020, 'Micro-credentials' didefinisikan sebagai pensijilan bagi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dinilai dalam bidang tertentu yang direka daripada komponen program yang diakreditasi oleh MQA atau kursus stand-alone yang menyokong perkembangan profesional, teknikal, akademik dan peribadi pelajar/pekerja.
APEL.M ialah proses akreditasi pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu untuk tujuan memperoleh kelayakan akademik melalui micro-credentials.
Calon yang tidak mempunyai kelayakan formal yang ditetapkan oleh program perlu mengambil APEL Micro-credentials (APEL.M) bagi tujuan bergraduat. Dasar dan instrumen APEL.M yang berkaitan telah dibangunkan oleh MQA untuk dijadikan panduan bagi pihak berkepentingan.
APEL.M terbuka kepada pemohon tempatan dan antarabangsa yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 50% kredit micro-credentials dari program yang diiktiraf.
Pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
- Melengkapkan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah kredit pengajian program melalui kursus micro-credentials (daripada satu atau pelbagai PPT yang diakreditasi).
- Memenuhi syarat umur minimum seperti yang ditetapkan dalam APEL.A untuk tahap kelayakan di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
- Memenuhi syarat tambahan yang ditentukan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
- Menyediakan portfolio yang lengkap mengandungi: maklumat micro-credentials, bukti peratusan kredit terkumpul, serta dokumen sokongan (digital badge, MMS, atau sijil berkaitan).
- Sijil APEL.M hanya boleh digunakan untuk kemasukan ke program pengajian tertentu yang dinyatakan dalam sijil tersebut.
* Nota: Penilaian memberi tumpuan kepada portfolio pemohon. Tiada ujian tambahan seperti temu duga atau pembentangan kecuali jika diperlukan untuk pengesahan bukti.
Penilaian akan dibuat berdasarkan portfolio calon seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan GGP APEL.A dan APEL.M melalui pautan: Dokumen GGP MQA (PDF)
Pemohon perlu memenuhi syarat umur minimum seperti yang ditetapkan dalam APEL.A untuk setiap tahap kelayakan di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Tidak. Penilaian APEL.M hanya memerlukan penghantaran dan penilaian portfolio sahaja.
Portfolio mesti disediakan berdasarkan format yang diberikan, termasuk maklumat micro-credentials, bukti pencapaian, dan dokumen sokongan yang lain.
Ya, portfolio perlu dihantar dalam format salinan lembut (softcopy) mengikut borang yang diberikan dalam GGP APEL.A dan GGP APEL.M.
Dokumen seperti sijil micro-credentials, digital badge, atau Malaysian Micro-Credentials Statement (MMS) perlu disertakan.
Kadar bayaran permohonan APEL.M ditetapkan berdasarkan Surat Pekeliling MQA Bil 4/2023.
Keputusan APEL.M akan dikeluarkan setelah penilaian portfolio selesai dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pusat Penilaian APEL.
Ya, pemohon boleh membuat rayuan dalam tempoh satu minggu selepas pengumuman rasmi keputusan.
Panel penilai mungkin meminta pemohon untuk hadir ke sesi pengesahan melalui temu duga atau pembentangan bagi mengesahkan bukti yang dikemukakan.
Ya, APEL.M menerima micro-credentials daripada satu atau pelbagai institusi pendidikan tinggi (PPT) yang diiktiraf.
APEL.M mempermudahkan individu yang mempunyai micro-credentials terkumpul untuk memperoleh kelayakan akademik tanpa perlu mengikuti program secara penuh.
Tidak. Penerimaan melalui APEL.M adalah bergantung kepada keputusan dan kelulusan institusi yang menawarkan program berkenaan.
Portfolio perlu mengandungi:
- Jumlah micro-credentials yang telah diambil.
- Peratusan kredit yang telah terkumpul.
- Bukti sokongan seperti sijil atau laporan hasil pembelajaran.
Tidak. APEL.M hanya digunakan untuk tujuan melanjutkan pengajian dan tidak boleh digunakan sebagai kelayakan bagi tujuan pekerjaan.
Ya, APEL.M menerima permohonan daripada pelajar antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelajar perlu memastikan kelayakan tersebut diterima oleh badan kawal selia di negara asal mereka.
Pemohon perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah kredit tamat pengajian bagi program berkenaan.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan/portfolio semula sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh keputusan diberitahu.
Tidak. Walaupun pemohon telah memperolehi sijil APEL.M, kemasukan muktamad ke mana-mana institusi pendidikan tinggi adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan institusi berkenaan.
APEL.C ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk kursus dalam program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
APEL yang dilancarkan sebelum ini adalah untuk tujuan kemasukan ke PPT iaitu dikenali sebagai APEL(Access). APEL.C atau APEL(Credit) pula adalah untuk tujuan mendapatkan pindahan kredit. Melalui pelaksanaan APEL.A dan APEL.C, individu yang mempunyai pengalaman yang luas bukan sahaja boleh masuk ke program di PPT tetapi juga boleh menggunakan pengalamannya untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus tertentu dalam program pengajian. Justeru itu, pelajar dapat melengkapkan pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat. Bagi tujuan permohonan penilaian APEL.C, seseorang itu mesti berstatus pelajar (telah berdaftar dalam program pengajian di PPT).
APEL.C mula dilaksanakan pada September 2016.
APEL.C akan dilaksanakan sendiri oleh PPT terhadap pelajarnya dengan syarat PPT tersebut telah mendapat kelulusan untuk mengendalikan APEL.C daripada MQA. Bagi menjamin kualiti penilaian, PPT perlu melaksanakan APEL.C dengan bertunjangkan Garis Panduan Amalan Baik: APEL.C terbitan MQA yang merangkumi dasar pengendalian APEL.C dan panduan pembinaan instrumen penilaian.
Tidak. APEL.C terbuka kepada semua pelajar di PPT yang telah mendapat kelulusan menjalankan APEL.C, sama ada berstatus warganegara atau pelajar antarabangsa. APEL.C juga terbuka kepada semua pelajar tidak kira kaedah kemasukan ke program pengajian, sama ada melalui laluan APEL.A atau konvensional.
Tiada. APEL.C tidak seperti APEL.A yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian.
Pelajar yang memohon APEL.C kepada PPT akan dinilai tetapi bagaimana bentuk penilaian adalah bergantung kepada kesesuaian bidang. Ia tidak semestinya peperiksaan. Kaedah penilaian boleh dalam bentuk demonstrasi, temu duga penilaian portfolio dan sebagainya.
Pindah kredit di bawah APEL.C adalah maksimum 60% daripada pengalaman non-formal dan informal sahaja. Tambahan pindah kredit daripada pembelajaran formal termasuk micro-credential, had maksimum keseluruhan pindah kredit adalah maksimum 70% (rujuk Surat Makluman MQA Bil.6/2025 bertarikh 21 April 2025).
Pertamanya bagi memastikan PPT mampu melaksanakan APEL.C dengan baik, hanya PPT yang telah lulus penilaian MQA sahaja dibenarkan untuk menjalankan APEL.C. Skop penilaian MQA terhadap kemampuan pelaksanaan APEL.C oleh PPT merangkumi dua aspek utama iaitu sistem pengurusan dan kemudahan di PPT serta keupayaan PPT dalam membina dan mengaplikasikan instrumen penilaian APEL.C. Keduanya MQA akan memantau pelaksanaan APEL.C di PPT semasa lawatan akreditasi dan audit institusi.
Tidak boleh. Setiap institusi perlu memohon APEL.C secara berasingan kepada MQA kerana ia mempunyai Senat masing-masing dalam membuat keputusan berkaitan akademik.
Ya. Proses rayuan selepas keputusan gagal penilaian APEL.C dikeluarkan hanya melibatkan semakan semula keputusan tersebut dan bukan penghantaran semula bukti tambahan atau menduduki semula penilaian. Pelajar perlu mengikuti kursus tersebut sepertimana pelajar biasa jika gagal permohonan pindah kredit APEL.C.
Boleh kerana penetapan fi APEL.C kepada pelajar adalah di bawah bidang kuasa PPT. Oleh itu, penetapan dan pindaan terhadap fi tidak perlu merujuk kepada MQA.
Ya, sudah tentu. APEL.C dibina bertunjangkan himpunan amalan-amalan baik dari pelbagai badan jaminan kualiti di dalam dan luar negara, universiti terbuka dan lain-lain institusi berkaitan.
Antara kebaikan APEL.C ialah:
- memungkinkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh yang lebih singkat;
- menggalakkan individu yang bekerja untuk kembali belajar;
- mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal;
- mengelakkan pembelajaran yang berulang;
- boleh mengurangkan kos pengajian pelajar;
- menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu;
- salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
- mewujudkan masyarakat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial;
- menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.
APEL bagi tujuan Penganugerahan Kelayakan Akademik (APEL.Q) ialah kaedah penilaian ilmu yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup, atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
APEL.A (Access): Bertujuan untuk laluan kemasukan alternatif ke program pengajian di PPT.
APEL.C (Credit Transfer): Bertujuan untuk mendapatkan pemindahan kredit bagi kursus tertentu (pemohon mesti berstatus pelajar terdaftar di PPT).
APEL.Q (Qualifications): Bertujuan untuk penganugerahan terus kelayakan akademik penuh berdasarkan pengumpulan pengalaman dan pembelajaran terdahulu.
APEL.Q mula dilaksanakan secara rasmi pada Julai 2021.
APEL.Q dilaksanakan sendiri oleh PPT terhadap pelajarnya dengan syarat PPT tersebut telah mendapat kelulusan khas daripada MQA.
PPT perlu mematuhi Garis Panduan Amalan Baik: APEL.Q terbitan MQA yang merangkumi dasar pengendalian dan pembinaan instrumen penilaian.
Tiada had umur. Berbeza dengan APEL.A, APEL.Q tidak menetapkan had umur minimum tetapi menetapkan had minimum tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan:
| Tahap MQF | Kelayakan | Pengalaman Kerja Minimum |
|---|---|---|
| Tahap 3 | Sijil | 5 tahun |
| Tahap 4 | Diploma | 10 tahun |
| Tahap 5 | Diploma Lanjutan | 12 tahun |
| Tahap 6 | Ijazah Sarjana Muda | 15 tahun |
| Tahap 7 | Ijazah Sarjana | 20 tahun |
| Tahap 8 | Kedoktoran (PhD) | 25 tahun |
* Catatan: Pelajar yang kurang tahun pengalaman tetapi mempunyai pengalaman pembelajaran bersesuaian boleh dipertimbangkan secara "case by case" oleh Senat/Badan Akademik Tertinggi PPT.
Tidak. Permohonan APEL.Q terbuka kepada semua pemohon, sama ada berstatus Warganegara atau Antarabangsa.
MQA memastikan kualiti melalui dua fasa utama:
- Syarat Kelulusan Awal: Program mestilah mendapat Akreditasi Penuh, PPT telah mendapat kelulusan APEL.C, serta telah menghadiri bengkel APEL.Q MQA.
- Pemantauan Berterusan: MQA akan memantau pelaksanaan APEL.Q semasa lawatan akreditasi dan audit institusi.
Tidak boleh. Setiap institusi perlu memohon kelulusan APEL.Q secara berasingan kepada MQA kerana mempunyai Senat masing-masing dalam membuat keputusan akademik.
Ya. Proses rayuan selepas keputusan gagal hanya melibatkan semakan semula terhadap keputusan penilaian tersebut, bukannya penghantaran semula bukti tambahan atau menduduki penilaian semula.
Boleh. Penetapan dan pindaan fi APEL.Q adalah di bawah bidang kuasa penuh PPT dan tidak perlu merujuk kepada MQA.
- Memendekkan tempoh pengajian pelajar secara signifikan.
- Menggalakkan golongan bekerja memperoleh kelayakan akademik lebih tinggi.
- Mengiktiraf pengalaman pembelajaran di luar aliran formal.
- Mengelakkan pembelajaran kursus yang berulang.
- Mengurangkan kos keseluruhan pengajian.
- Mewujudkan sistem pendidikan yang fleksibel dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
- Meningkatkan pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.
