APEL(A)

APEL (Accreditation of Prior Experiental Experiental Learning)

"Pembelajaran terdahulu bermaksud ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diperoleh sebelumnya dan mencakupi pengalaman terdahulu".

(Akta Agensi Kelayakan Malaysia, 2007 - Akta 679).

Peluang

APEL(A) memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

Tahap Kemasukan

Secara umumnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu. Sehingga kini penilaian APEL(A) telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu program Sijil (APEL T-3), Diploma (APEL T-4), Sarjana Muda (T-6) dan Sarjana (APEL T-7).

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

Siapa Layak Mohon APEL(A)?

1. Warganegara MALAYSIA

2. Syarat umur minimum

  • Sijil - 19 tahun
  • Diploma - 20 tahun
  • Sarjana Muda - 21 tahun
  • Sarjana - 30 tahun

3. Kelayakan formal: Hanya penilaian untuk ke program Sarjana perlu ada kelulusan STPM/DIPLOMA/SETARA

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

Kaedah Penilaian APEL(A)

1. Ujian Aptitude

Aspek diuji: 

    • Bahasa Malaysia
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Pengetahuan Am/Pemikiran kritis

2. Portfolio

    • Kompilasi pengalaman
    • Format ditetapkan

3. Temuduga (Calon sarjana (APEL T-7) sahaja)

    • 45 minit 
    • 2 orang panel temuduga

(Sumber:  Agensi Kelayakan Malaysia).

APEL(A) kemasukan ke IPT mulai 2011

Bagi membolehkan individu sambung belajar di IPT

Muat turun Brosur