CALON YANG BERJAYA

Senarai nama calon yang telah berjaya menamatkan pengajian menggunakan sijil APEL di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

DINO SABASTIAN ANAK MAWANG

Pelajar Sarjana Kejuruteraan Mekanikal

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

"Setelah mendapat tahu peluang ini saya telah memohon untuk mendapatkan sijil APEL(A) dan menduduki tiga peringkat penilaian iaitu Aptitude Test, Portfolio dan Sesi temuduga.  Apabila berjaya memperolehi sijil APEL(A), saya telah memohon untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Mekanikal (MDM) secara sambilan  di UTHM. Sepanjang mengikuti pengajian di UTHM ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus yang ditawarkan kerana ia berkait rapat dengan pengalaman bidang kerja saya, tambahan pula pensyarah yang mengajar mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang yang mereka ajar sekaligus memudahkan proses pembelajaran saya sehingga tamat.”

KHAIRULNIZAM BIN MD YUSOFF

Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

"APEL(A) telah membantu saya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Sarjana Muda) untuk memperolehi ilmu, pengalaman, kemahiran dan budaya baru. Pemindahan pengetahuan baru akan memberi nilai tambah kepada saya. Saya harap dengan peluang ini ianya menjadikan diri saya lebih berdaya saing dan setaraf dengan orang lain yang lebih berpendidikan  di dalam bidang pelajaran mahupun perkerjaan.... Saya sedar pada  zaman kini yang lebih bersifat globalisasi, kita perlu mempunyai kelebihan dari segi teknologi dan kemahiran diri yang melebihi orang lain terutamanya kelayakan sijil-sijil yang tertinggi di dalam bidang pelajaran”