Skip to main content
Maklumat Umum APEL.C - UTHM

APA ITU APEL.M?

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi tujuan Micro-Credentials (Accreditation of Prior Experiential Learning for Micro-credentials, APEL.M) bertujuan menyediakan laluan alternatif kepada pelajar tanpa kelayakan formal untuk memenuhi keperluan akademik melalui APEL.M. Melalui pendekatan ini, pelajar boleh mengumpul micro-credentials daripada kursus yang diikuti secara berasingan tanpa keperluan kelayakan masuk formal, selaras dengan Garis Panduan Amalan Baik: Micro-credentials (2020). Inisiatif ini menyokong pembelajaran sepanjang hayat dengan membolehkan pelajar mencapai penganugerahan kelayakan akademik pada masa hadapan. Dasar dan instrumen APEL.M yang dibangunkan oleh MQA menjadi panduan utama pelaksanaannya.