Ringkasan Pengenalan

Bermula 2011, Kementerian Pengajian Tinggi telah membenarkan kemasukan melalui APEL sebagai salah satu syarat kelayakan kemasukan ke semua institusi pengajian tinggi. MQA merupakan satu badan yang mengawal standard dan kualiti pelaksanaan APEL. Penubuhan Pusat Penilaian APEL di UTHM adalah amat bersesuaian memandangkan staf akademik di universiti ini mempunyai pengalaman dan kepakaran (kelayakan sebagai penilai) serta menyokong agenda pendidikan sepanjang hayat di Malaysia. 

Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) merupakan gabungan antara Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) dan Pusat APEL UTHM yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Fokus PPBA adalah melaksana dan mengurus program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) serta berperanan sebagai pusat permohonan dan penilaian APEL. 

 

Carta Organisasi

Fungsi

  1. One stop center bagi permohonan dan penilaian APEL
  2. Memberi maklum balas dan bimbingan berkenaan proses permohonan, pensijilan dan kemasukan berdasarkan APEL
  3. Membimbing calon dalam proses permohonan penilaian APEL
  4. Mengurus proses penerimaan permohonan dan pemberian maklum balas mengenai tarikh penilaian
  5. Melantik Penilai Portfolio dan Panel Temu Temuduga

Objektif

  1. Menyokong hasrat negara untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai salah satu komponen dalam pembangunan sumber manusia di Malaysia.
  2. Memastikan proses penilaian APEL berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur yang ditetapkan.
  3. Menjadikan UTHM sebuah pusat penilaian APEL yang diiktiraf.

Pengarah

Prof. Madya  Ts. Dr. Musli Mohammad

Timbalan Pengarah

Dr. Noor Zuraidin Mohd Safar

Ketua Jabatan APEL.C

Dr. Muhamad Hanif Jofri

Ketua Jabatan APEL.A

 Ts. Ida Aryanie Bahrudin

Ketua Jabatan Pembelajaran Berterusan dan Kerjasama

Prof. Madya Ir. Dr. Saliza Azlina Osman